Friday 8 November 2019

TOPIK 7 STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH


TOPIK 7 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENGENALAN

Strategi pengurusan bilik darjah adalah suatu langkah yang dilaksanakan oleh para guru untuk membentuk alam pembelajaran yang beriklim kondusif agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Strategi pengurusan bilik darjah merupakan satu pakatan di antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapatan dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan kelas agar sesi pengajaran dan pembelajaran berada dalam keadaan yang terkawal. Menurut James Ang (2014), pengurusan bilik darjah ini merupakan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Bilik darjah pula didefinisikan sebagai sebuah tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Tugas seorang guru merangkumi 2 dimensi utama iaitu tugas penyampaian ilmu (instruction) dan tugas pengurusan bilik darjah (classroom management). Strategi pengurusan bilik darjah adalah amat penting kerana ia akan dapat memastikan penggunaan masa yang efisien sekaligus dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Di samping itu, strategi pengurusan bilik darjah penting untuk mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Pengurusan bilik darjah berkait dengan perlakuan, tetapi ia juga boleh dedifinisikan secara lebih luas sebagai merangkumi perancangan, pengelolaan dan kawalan murid, proses pembelajaran dan persekitaran bilik darjah bagi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Oleh itu, strategi pengurusan bilik darjah haruslah dikuasai oleh guru-guru. Hal ini demikian kerana strategi pengurusan bilik darjah adalah tunjang utama dalam memastikan suasan pembelajaran yang kondusif semasa proses pengajaran dan pembelajara. Sebagai contoh, guru menggunakan strategi yang berkesan sama ada dalam bentuk pemyusunan bilik darjah mahupan dalam bentuk komunikasi. Penggunaan strategi yang berkesan sudah pasti akan menghasilkan impak yang lebih positif.

LATAR BELAKANG LOKASI
Projek Berasakan Sekolah (PBS) ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak Selatan yang merupakan sebuah sekolah yang terletak di Felda Trolak Selatan,3500 Sungkai,Perak.Sekolah ini diketuai oleh pengetua yang bernama Encik Abdul Rahim bin Abdul Majid.Sekolah ini mempunyai seramai 413 pelajar lelaki dan 345 pelajar perempuan menjadikan jumlah pelajar seramai 758 orang dan mempunyai seramai 65 orang kaki tangan guru yang mengajar disekolah tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN
Sepanjang menjalankan kajian PBS ini terdapat beberapa objektif yang ingin di jawab antaranya
ialah:
1. Mengenal pasti strategi yang digunakan dalam menguruskan bilik pembelajaran
2. Menjelaskan dengan lebih terperinci tentang definisi pengurusan bilik pembelajaran dan juga jenis
jenis bilik pembelajaran.
3. Mengetahui peranan guru dalam pengurusan bilik pembelajaran yang berbeza.



STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
1. Unsur fizikal bilik pembelajaran
2. Interaksi dalam bilik pembelajaran
3. Mengurus iklim bilik pembelajaran



CONTOH-CONTOH SUSUSAN MEJA DALAM SEBUAH BILIK PEMBELAJARAN















Related image


Related image

KAEDAH UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR

1. Guru mestilah memahami tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar untuk melahirkan
pengajaran yang berkesan.
2. Pengajaran guru mestilah jelas dan mudah difahami pelajar agar dapat menarik minat pelajar untuk
terus mengikuti pengajaran guru
3. Guru juga seharusnya mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan ingin meneroka
pada murid-murid
4. Kepelbagaian ransangan dalam pengajaran seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang
menarik, pita rakaman, video dan permainan


ISI PENTING
1)      UNSUR FIZIKAL BILIK PEMBELAJARAN
 a. Saiz bilik darjah
  • Penting kerana menjamin keselesaan murid.
  • Ukuran bilik darjah 40 orang murid = 7m x 9m
  • Mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan melakukan aktiviti
b. Susun atur bilik darjah
  • Mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru
  • Memberi kemudahan kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan





c. Peralatan
  • Kerusi dan meja (murid dan guru mesti sesuaii)
  • Papan hitam/putih, rak buku, bahan pengajaan dan pembelajaran
  • Papan kenyataan (jadual waktu, jadaul bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan)
d. Ciri keselamatan
  • Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin.
  • Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
  • Cahaya dan pengudaraan yang cukup
e. Bilik darjah pembelajaran abad ke 21
  • Kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan a dibahagikan kepada beberapa bentuk kumpulan mengikut tahap kebolehan.
  • Menggalakan interaksi antara guru dan murid
  • Murid dibenarkan bergerak dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan dan aktiviti murid dapat dilaksanakan dalam keadaan aktif
f. Jenis-jenis bilik darjah
  •   Bilik Darjah Tradisi
  •   Bilik Darjah Terbuka
  •  Bilik Darjah KBSR & KBSM
  •  Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas

CIRI-CIRI BILIK DARJAH TRADISI

  • Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
  • Pelajar yang rendah bertubuh kecil dan kurang penglihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan
  • Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru
  • Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah
CIRI-CIRI BILIK DARJAH TERBUKA
  • Pengajaran biasanya dijalankan dalan kumpulan kecil atau individu
  • Plbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah
  • Kaya dengan peralatan dan bahan mengajar
  • Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajaran diintegrasikan
  • Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati
  • Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akademik dan minat
CIRI-CIRI BILIK DARJAH KBSR DAN KSBM
  • Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
  • Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kebolehan tersendiri
  • Mengalakkan penglibatan pelajar secara aktif
  • Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
  • Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
CIRI-CIRI BILIK MATA PELAJARAN KHAS
  • Dilengkapi pelbagai jenis alatan 
  • Susunan meja dan kerusi diubahsuai mengikut kerja amali yang dijalankan dalam kelas
  • Bilik darjah dilengkapi dengan almari bagi penyimpanan peralatan
  • Kemudahan tambahan seperti sinki dan paip air


2)      INTERAKSI DALAM BILIK PEMBELAJARAN


Maksud Interaksi
  ²Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya.Menurut Webster Online Distionary,interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini,seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.

Jenis-jenis Interaksi dan kepentingannya

INTERAKSI SEHALA
Berkait rapat dengan pendekatan ,teknik,kaedah,strategi yang digunakan oleh guru di dalam
pengajarannya.Sebagai contohnya,jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru,kaedah
kelas,kaedah syarahan,kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi ataupun kaedah interaksi dalam
bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan
pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.

CIRI-CIRI INTERAKSI SEHALA


  • Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid
  • Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA GURU DAN MURID


  • Guru menggunakan pendekatan yang berlainan  seperti perbincangan kaeda
  • induktif,interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua hala

CIRI-CIRI INTERAKSI DUA HALA


  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif.
  • Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka didalam bilik darjah.
  • Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.

INTERAKSI DUA HALA ANTARA MURID-MURID


  • Guru menggunakan pendekatan berkumpulan,kaedah projek ,kaedah bermain ,lakonan,sumbangsaraan dan sosio grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

CIRI-CIRI INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID


  • Aktiviti pembelajaran menjadi lebih aktif dan dinamik
  • Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan
  • Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja.
  • Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi menjadi tumpuan guru.
  • Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling        membantu dalam kalangan mereka.

INTERAKSI PELBAGAI HALA ANTARA GURU& MURID DAN MURID&MURID
Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi,main
peranan,pendekatan kumpulan,kaedah perbincangan,uji kaji,kaedah penyelesaian masalah dan
kaedah perbincangan.Element ini akan menggalakkan lagi interaksi pelbagai hala antara guru
dengan murid dan murid dengan murid yang lain di dalam bilik darjah.

CIRI-CIRI INTERAKSI PELBAGAI HALA


  • Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid yang lain.
  • Penyertaan aktif murid dalam pross pengajaran dan pembelajaran
  • Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran

PERHUBUNGAN ANTARA PENGAJARAN DAN JENIS INTERAKSI

Jenis interaksi
Ciri-ciri interaksi
Pendekatan dan strategi pembelajaran
Interaksi dua 
hala antara 
guru dan murid.



  • Hubungan yang mesra antara guru dan juga murid
  • Penglibatan murid amatlah digalakkan
  • Aktiviti pembelajaran aktif


  • Kaedah perbincangan
  • Aktiviti soal jawab
  • Kaedah individu

Interaksi dua 
hala antara 
murid dan murid


  • Hubungan yang mesra antara murid dengan murid.
  • Interaksi antara murid dan guru iaitu melalui bimbingan atau arahan sahaja atau sebagai fasilitator.
  • Pembelajaran berpusatkan murid.
  • Murid menjadi lebih kreatif
  • Hungan erat antara murid.
  • Aktiviti pembelajaran aktif mewujudkan semangat kerjasama dan saling tolong menolong.


  • Kaedah berkumpulan
  • Kaedah projek
  • Aktiviti bermain
  • Aktiviti lakonan

Interaksi 
pelbagai hala







  • Aktiviti pembelajaran dan pengajaran san gat aktif.
  • Perhubungan antara guru dengan murid dan murid dan murid menjadi lebih erat.
  • Penglibatan guru dan murid menjadi sangat aktif.


  • Kaedah berkumpulan
  • Kaedah projek
  • Kaedah bermain
  • Kaedah lakonan
  • Aktiviti sumbangsara
  • Aktiviti pemulihan


KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang efektif .Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan interaksi  akan mewujudkan
kelas yang kondusif menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi.Kepentingan komunikasi dan
interaksi di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah seperti yang berikut:
1. Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis
2. Membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam pembelajarannya.
3. Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid supaya pembelajaran  jadi lebih menyeronokkan.


4. Penglibatan murid yang lebih efektif dan berkesan.


INTERAKSI SEHALA( Interaksi sehala antara guru dan murid)


 INTERAKSI DUA HALA (Interaksi dua hala antara guru dan murid)



INTERASKI DUA HALA (Interaksi dua hala antara murid dengan murid)



INTERAKSI PELBAGAI HALA(Interaksi pelbagai hala antara cikgu dengan murid, murid dengan murid, murid dengan guru)


3)      MENGURUS IKLIM PEMBELAJARAN YANG POSITIF


  • Membawa maksud suasana yang selesa dan sesuai untuk menggalakkan proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik pembelajaran.
  • Guru yang paling berjaya ialah orang yang mampu menangani perasaan negatif dalam bentuk yang autentik, benar dan sihat.
  • Faktor emosi dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses P&P.
   Jenis-jenis kepimpinan guru :-

      GAYA KEPIMPINAN AUTOKRATIK
  Mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mewujudkan suasana
yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif.

     GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK
 Berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya   desakan bagi menghasilkan P&P yang lebih menarik dan menyeronokkan.

       GAYA KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE
  Kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar-kacir dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra.

Oleh itu , guru-guru mestilah mempunyai gaya kepimpinan yang betul agar kelas dalam keadaan yang terkawal. Guru yang tidak dapat mengawal emosinya akan menyebabkan pelajar yang menerima akibat dan proses P&P tidak dapat berjalan dengan lancar.



SWOT PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

KEKUATAN
üProses pembelajaran yang lebih efektif, jelas dan mudah.
üMurid menunjukkan minat belajar di dalam kelas.

KELEMAHAN
üKekurangan fasiliti seperti  LCD  dan kerosakan pada papan putih akan menjejaskan
keberkesan
pembelajaran di bilik darjah

PELUANG
üGuru-guru dapat mengenali  murid mereka dengan lebih mendalam.
üBerpeluang menjadi sekolah cemerlang

ANCAMAN
üBilangan murid yang banyak


RUMUSAN
Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran bukan sahaja memberi impak kepada perkembangan bidang akademik dan kokurikulum di sekolah namun pada masa yang sama akan mampu memperkembangan nilai yang ada dalam diri seseorang pelajar. Strategi pengurusan bilik darjah yang berkesan akan dapat membentuk model kepimpinan pengajaran yang berjaya. Hal ini kerana strategi pengurusan bilik darjah yang berkesan akan menentukan pencapaian matlamat seseorang pelajar dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru haruslah melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan menyelesaikan masalah dalam menunju ke arah pengurusan bilik darjah yang berkesan.
            Tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai seorang pendidik namun pada masa yang sama seseorang guru haruslah mentadbir bilik darjah dengan cara yang terbaik. Guru bertanggungjawab dalam mewujudkan unsur fizikal dan interaksi di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, seseorang guru haruslah bijak dalam menguruskan iklim pembelajaran yang positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang kondusif dan efektif sama ada dari segi persekitaran fizikal atau persekitaran perkembangan emosi murid yang baik. Strategi pengurusan bilik darjah yang dikendalikan secara sistematik dengan menggunakan interaksi yang berkesan dan bentuk penyusunan bilik darjah yang bersesuaian akan meningkatkan sifat positif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama ia akan dapat membentuk hubungan yang baik antara murid dengan murid dan murid dengan gurunya.
            Kejayaan strategi yang digunakan oleh seseorang guru tidak hanya diukur semata-mata daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaransemasa di dalam bilik darjah, malah peranannya sebagai pengurus bilik darjah akan diambil kira.  Oleh itu, guru-guru haruslah mampu untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, emosi, dan tenikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik pembelajaran.


LAMPIRAN














TOPIK 7 STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

TOPIK 7 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Strategi pengurusan bilik darjah adalah suatu langkah yang dilaksanakan oleh ...